Friday, 3 January 2014

7 ways To Become a Better You

Become a Better You

Ini Program Baik untuk Anda!

Program Peningkatan Diri Jadi lebih Baik

"A Better You" 


Self-improvement Program

Biasa kita tengok kat TV, artis-artis.. TV Stars semua nampak Perfect bukan? Kelihatan sempurna pada pandangan kita sebagai orang biasa.. Kaya dan glamor kegilaan kita. Mahu jadi orang berada.. Dikenali ramai.. Paling Top! Namun hakikatnya apa? Tak semua orang sedar dan tahu. Saya rasa kita semua perlu berhenti mengejar permata palsu ini! Hadapi realiti kehidupan sebenar-benarnya.

Whatever yang terpapar di dalam Iklan, drama, filem mahupun majalah adalah sesuatu yang PALSU! Wajah model yang Flawless dan bujur sirih! Yang kurus keding itu saja yang dikatakan cantik.. Bulu mata melentik.. Drama orang kaya raya, bisnes juta ria... miskin dihina, kaya disanjung! Tidak kira Malaysia, Filifina, Indonesia.. sama aje. 

Tambahan pula Teknologi zaman sekarang sangat membantu untuk membuat segala kepalsuan nampak lebih sempurna.. Ini kita belum sentuh lagi cerita Plastic Surgery (Pembedahan Plastik), suntikan Botox dan pelbagai lagi..

Sikap kita yang mengejar dan memilih barang ORI.. go for branded item... haih..
JUJUR, IKHLAS ada tak dalam diri kita?? heheh Jangan pula hakikat sebenarnya anda adalah seorang PENIPU mengamalkan penipuan.. Senyum pun tak ikhlas, penuh dengan sikap kepura-puraan! Depan.. dia lain.. kat belakang jadi "lain-lain". "Tikam belakang".. "Gunting dalam lipatan"... Api dalam sekam.. nah... Tu dia... ish..ish..

Terdapat banyak cara untuk kehilangan rasa harga diri dan perbaiki semangat jati diri apabila kita mula berasa yang kita ini serba kekurangan lantaran kita tiada satu perkara yang best seperti di atas! No.. No.. No.. Anda salah! (Pada pendapat saya, anda mungkin salah..)

Others POST might be benefit for you! Don't missed out ya

Nobody is Perfect. Love & Improve Yourself to become a better person!

Ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan dan renungkan! 
Renung-renungkan.. bak kata Prof. Izzi.. ;)

No.1  Mesti tahu TUJUAN HIDUP anda!


Adakah nyawa dan kehidupan yang diberikan adalah tanpa tujuan? Arah tuju hidup yang tidak tentu? Ha.. ada sedikit arah Tujuan hidup..? Then, dengan penuh harapan bahawa anda akan menemui jalan dan mendapat KEBAHAGIAAN, KESIHATAN DAN KEMAKMURAN?

Jadi, kenal pasti dahulu TUJUAN HIDUP anda atau nyatakan MISI. Maka dengan itu, kebarangkalian untuk sesat dalam hidup adalah kurang. Anda mewujudkan satu kompas kehidupan anda sendiri yang unik, yang pasti membawa anda ke arah kebenaran. Ke arah Utara setiap masa. (Perumpamaan semata, ok). Bagi saya, arah jalan yang benar mengikut tujuan dan misi masing-masing..

Walau pun kita tidak pasti masa depan kita, maka Pastikan jalannya dan usahakan ke arah yang kita rancangkan. Ia mungkin nampak rumit, (saya juga rasa sedikit susah lor..) sebab kita akan melihat pengakhiran hidup - iaitu MATI! Namun begitu, mesti anda pernah dengar "Bekerjalah seolah anda akan hidup selamanya, dan Beramal seolah anda akan mati esok!" Alah, lebih kurang jer lah ye perumpamaannya..

Beri ruang kepada diri anda untuk mengubah keadaan dan membuat perubahan yang besar dalam diri - yang pasti, ia menuju kejayaan seperti yang anda mahukan. Chayok!

Others POST might be benefit for you! Don't missed out ya

The Choices & Decisions We Make...

Ways to Grow Your Spirit

No. 2 . Mesti tahu NILAI KEHIDUPAN anda
Apakah yang anda fikirkan yang paling penting dalam hidup anda? Senaraikan 5 nilai paling utama. Sebagai contoh, KELUARGA, PEMBANGUNAN ROHANI, PEMBELAJARAN.. Jadi, tetapkan pula matlamat anda. Sekarang tahun 2014! Mungkin ini masanya. Apa tunggu lagi... Sekarang bertindak!! Jika matlamat itu tidak selaras dengan mana-mana 5 NILAI UTAMA anda, dengan itu... Timbang semula okey...

Usahakan impian anda. Seberapa banyak yang anda mahukan. Tidak semestinya perlu 5 perkara utama. Ini terpulang pada setiap individu. Masing-masing ada matlamat tersendiri.

Others POST might be benefit for you! Don't missed out ya

Guide to Improve Yourself

Know How to motivate yourself!

No.3  Mesti tahu KEPERLUAN anda

Jagalah diri anda. Jangan memudaratkan diri jika terlalu kecewa atas sesuatu perkara. Apakah yang anda perlukan? Adakah anda perlu dihargai atau tidak dipedulikan? Dihina atau Dihormati? Dibenci atau Disayangi? Berada dalam arah tuju yang terkawal atau tidak tentu hala? Jadi orang baik-baik atau penjahat?

Terdapat ramai yang tidak sedar yang mereka hidup tanpa impian. tanpa mengetahui apa yang mereka perlukan. Makan untuk hidup? Hidup untuk Makan? Macam tu sahaja sudah cukup ker? Kehidupan seperti ini biasanya membuat seseorang hidup mudah tertekan atau murung dengan kehidupannya. Jadi, sekarang senaraikan 4 keperluan anda! Berusahalah untuk mencapai impian. Cuba untuk memenuhi keperluan anda sebelum terlambat!

Don't missed out this  Choose 2b Happy!


No. 4  Mesti tahu MINAT anda!

Anda adalah diri anda. Anda lebih tahu siapa diri anda sendiri bukan? dan apa yang benar-benar anda minati serta gembira melakukannya. Sebarang halangan seperti berasa ragu-ragu dan kekurangan semangat akan menghalang anda dari menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Tetapi, tidak akan menjejaskan peluang anda untuk menjadi apa, buat apa jika anda berusaha dengan gigih, carilah motivasi diri dan inspirasi untuk membuat anda lebih bersemangat menuju kejayaan yang anda mahukan. Ekspresikan dirimu! Hormati orang yang telah memberikan anda inspirasi untuk menjadi lebih baik dan menjadikan anda insan yang berguna.


Others POST might be benefit for you! Don't missed out ya

Learn How to Turn Your Passion into Profit!

Your attitude - Your Self-image

No.5  Hidup Positif Luaran serta Dalaman

Tingkatkan kesedaran dan kebijaksanaan dalam diri anda, menimbulkan ketenangan dalam diri.. Dalam aktiviti keagamaan; Berzikir, Solat Sunat.. Aktiviti mengabadikan diri dengan Tuhan pasti menenangkan jiwa yang bermasalah.

Cara lain boleh juga; Bersatu dengan alam semulajadi. Tarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan fikiran anda yang tegang dan terganggu. Biasanya kepada yang tinggal di bandar sukar untuk mencari ketenangan dan ketenteraman seperti yang dimahukan walaupun di dalam rumah sendiri.. Bagi saya, balik kampung.. bersantai di pantai.. (paling hampir.. Pantai Teluk Batik!), lepak mandi-mandi di sungai.. hmm.. ;p

Others POST might be benefit for you! Don't missed out ya

Coping wt Life! 7 Ways To Manage Stress

10 Things About Yourself

The Way to Wellness


No. 6  Hormati dan Hargai kekuatan diri anda

Apakah ciri-ciri Positif anda? Apakah bakat istimewa yang anda miliki? Boleh senaraikan Tiga dulu. Kalau anda tidak pasti boleh cuba tanya kawan rapat atau keluarga. Tingkatkan tahap keyakinan diri dengan kongsikan, manfaatkan kelebihan anda itu kepada orang lain.


Don't missed out this Be Optimist - Enjoy!!

No. 7  Berkhidmat atau Bantu orang lain

Apabila anda tahu siapa diri anda sebenarnya dan pasti dengan tujuan hidup anda, anda mungkin akan sedar dan mendapati bahawa hidup ini saling memerlukan. 
Hidup dengan lebih terarah, mencapai tujuan hidup ini dan manfaatkan kehidupan anda  dengan membantu orang lain, kongsikan kesenangan, kegembiraan bersama keluarga atau yang tersayang. Ganjarannya pasti lumayan serta puas hati. Apatah lagi jika dihargai oleh orang lain atas jasa baik kita. Lagi banyak anda membantu orang lain lagi murah rezeki..

Don't missed out this Forget Your Past Heartaches okay!

Usaha anda pasti sangat berbaloi untuk memperbaiki diri jadi lebih baik. Ia terletak dalam kita masing-masing dan seberapa banyak yang ingin kita baiki untuk menjadi insan yang berguna dan lebih baik.

Chayok!
Semoga Berjaya kawan-kawan!


No comments:

Post a comment

HAPPY.MEANINGFUL.FULFILLED